Frusso - FAQ

FRUSSO merupakan minuman kesihatan yang kaya dengan serat dan prebiotik. Fungsi utama adalah untuk membantu proses pembuangan dan mengekalkan kesihatan usus. ....  View
Fibersol-2, psyllium husk, inulin, fruktosa, maltodextrin, serat kelapa sawit and ekstrak kayu manis. ....  View
Pemakanan serat merupakan sejenis karbohidrat namun tidak dapat dicerna dan diserap oleh badan seperti kanji dan gula. Ia tidak mengandungi kalori. ....  View
Serat boleh dibahagikan kepada 2 jenis: larut dalam air dan tidak larut dalam air. Serat larut dalam air mempunyai kelikatan yang tinggi, ia dapat menyerap jumlah air yang banyak dalam saluran usus, membentuk gel dan bercantum dengan najis di dalam usus dan seterusnya dibuang. Serat tidak larut dalam air pula membantu meningkatkan jumlah dan berat najis, meningkatkan peristalsis usus dan merangsang pergerakan usus. ....  View
Mengikut garis panduan pemakanan Malaysia, kita memerlukan 20-30 gram serat setiap hari bersamaan 2-3 hidangan buah dan 3-4 hidangan sayuran. ....  View
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan kacang juga kaya dengan serat. Namun, sekiranya anda mengambil serat, pengambilan kalori juga harus diberi perhatian. Oleh itu, pengambilan bijirin dan kacang yang banyak bagi memenuhi keperluan pengambilan serat juga tidak disarankan. ....  View
FRUSSO mengandungi jumlah kalori yang rendah. 1 sachet mengandungi sekitar 15-21 kcal (setiap perisa mengandungi kalori yang berbeza). Jadi, mereka yang ingin mengawal pengambilan kalori boleh mengambilnya dengan selamat. ....  View
Prebiotik merupakan sejenis serat dan nutrien bagi membantu pertumbuhan probiotik di dalam usus. ....  View
Makanan yang kaya dengan prebiotik termasuklah: bawang putih, bawang merah, daun bawang, asparagus, oat dan dll. ....  View
FRUSSO kaya dengan serat dan menggalakkan pergerakan usus. FRUSSO juga mengandungi prebiotik yang membantu pertumbuhan probiotik di dalam usus dan menyihatkan usus sekaligus membantu mengurangkan risiko kanser usus. Tambahan pula, serat dalam FRUSSO boleh memberi rasa kenyang, dan mengambilnya sebelum makan membantu mengawal berat badan. Pengambilan jangka masa panjang boleh mengawal gula darah dan lemak darah bagi mencegah penyakit kronik. ....  View
Bancuh 1 sachet Frusso dengan 150 ml air (suhu bilik) dan kacau hingga sebati sebelum minum. ....  View
Anda disarankan untuk mengambil Frusso sebelum tidur bagi proses pembuangan keesokan paginya. Selain itu, mereka yang ingin mengekalkan berat atau menurunkan bedat badan digalakkan mengambilnya sebelum makan bagi meningkatkan rasa kenyang sekaligus mengurangkan pengambilan makanan lain. ....  View
Bergantung kepada pengguna itu sendiri. Pembancuhan Frusso dengan jus buah atau yogurt dapat meningkatkan pergerakan usus. Namun, pengguna perlu memastikan Frusso larut sepenuhnya dalam minuman yang ingin dibancuh bersama. ....  View
Kebiasaannya, proses pembuangan berlaku setelah 8 jam dari waktu pengambilan Frusso. ....  View
Sebilangan kecil pengguna yang mengambil Frusso akan mengalami proses detoksifikasi seperti sakit perut biasa namun semua simptom ini akan hilang setelah proses pembuangan berlaku. ....  View
Ia selamat diambil kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi dan ia bukanlah ubat. Tiada kesan sampingan atau kebergantungan lain akan berlaku. ....  View
Disarankan untuk terus mengambil Frusso (1 sachet sehari) bagi memenuhi keperluan serat untuk tubuh badan kita. Fungsi FRUSSO bukan sahaja membantu proses pembuangan namun membantu mengekalkan kesihatan usus dan mengelakkan penyakit kronik seperti kanser usus, diabetes, penyakit jantung dan lain-lain. ....  View
Boleh. Untuk meningkatkan berat badan, kita haruslah memastikan bahawa fungsi usus kita berada dalam keadaan normal bagi proses penyerapan nutrisi yang efektif. FRUSSO juga membantu membuang segala bahan yang tidak diperlukan di dalam usus dan membantu pertumbuhan probiotik dan mengekalkan persekitaran usus yang sihat. ....  View
FRUSSO mempunyai pensijilan keselamatan dan tidak mengandungi logam berat, mikroorganisma, dan bahan pengawet. ....  View
Boleh. Semua bahan Frusso diperoleh daripada tumbuhan, bukan bahan berasaskan haiwan, jadi Frusso sesuai untuk pengamal sayuran ....  View
Ya. Perlu ingat bahawa kebanyakan produk Wellous hendaklah diambil selepas makan, manakala Frusso selamat untuk diambil sebelum waktu tidur. ....  View
Jika anda mengambil suplemen mineral seperti kalsium, magnesium, zink atau zat besi, anda hendaklah menjarakkan pengambilan sekurang-kurangnya 2 jam kerana serat yang tinggi akan mengurangkan kadar penyerapan mineral di dalam usus. ....  View
Tidak disarankan. Pengguna yang mengambil Frusso dan ubat hendaklah menjarakkan masa pengambilan sekurang-kurangnya 2 jam bagi menghalang kesan penyerapan dan kesan ubat. ....  View
Bahan Frusso adalah semulajadi dan selamat. Namun begitu, tiada kajian yang membuktikan bahawa ia selamat untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Oleh itu, tidak disarankan kepada mereka. ....  View
Boleh. FRUSSO tidak mengandungi sukrosa atau glukosa, hanya kandungan fruktosa yang rendah dan tidak menyebabkan sebarang peningkatan gula dalam darah jadi pengambilan 1 atau 2 sachet FRUSSO setiap hari tidak memberi kesan terhadap gula dalam darah penghidap diabetes. Selain itu, serat dalam FRUSSO boleh membantu melewatkan penyerapan gula dan peningkatan gula yang cepat. ....  View
Boleh. Pesakit buasir digalakkan mengambil lebih banyak serat kerana ia membantu melembutkan najis dan menghalang sembelit. ....  View
Tidak disarankan. Penghidap kolitis tidak boleh mengambil sebarang makanan yang pedas, tinggi minyak, tinggi serat dan dll. Oleh itu, tidak disarankan untuk mengambil FRUSSO bagi mengelakkan ketidakselesaan perut. Setelah sembuh, pengguna boleh mengambil FRUSSO bagi membantu memulihkan dan mengekalkan kesihatan usus. ....  View
Kedua-dua produk FRUSSO and SPI2RO merupakan produk nyahtoksin Dari segi fungsi, FRUSSO fokus pada kesihatan usus dan pencegahan penyakit, manakala SPI2RO fokus terhadap pemakanan tambahan selepas nyahtoksin (mengandungi spirulina and klorela). FRUSSO mengandungi jumlah serat yang tinggi (4.5 gram satu sachet) dan prebiotik, manakala SPI2RO mengandungi serat yang rendah. FRUSSO merupakan produk serbuk yang perlu dibancuh dengan air. SPI2RO adalah produk berbentuk tablet yang boleh dikunyah. Tambahan pula, pengambilan FRUSSO membuat anda rasa kenyang namun SPI2RO tidak. ....  View
Tiada masalah, namun pengguna dinasihatkan untuk mengambilnya mengikut keperluan. Pengguna boleh mengambil satu sachet bagi kedua-duanya jika perlu tapi hendaklah mengambilnya secara berasingan. FRUSSO boleh diambil waktu siang manakala SPI2RO boleh diambil sebelum tidur. ....  View
Serat dalam FRUSSO membantu masalah gastrik dan pengeluaran jus gastrik berlebihan. Namun, jika perut anda sensitif, dinasihatkan untuk mengambilnya selepas makan. ....  View
Tiada masalah, tapi jika pengguna mempunyai perut yang sensitif, dinasihatkan untuk mengambilnya selepas makan. ....  View
Pesakit yang mempunyai jangkitan Helicobacter perlu dirawat dengan antibiotik. Pengguna dinasihatkan untuk mengambil FRUSSO setelah sembuh dari jangkitan bagi membantu pertumbuhan probiotik di dalam usus. ....  View
Ya, namun FRUSSO tidak merawat kanser usus. Tidak disarankan jika pengguna menghidapi kanser kolon tahap kritikal. ....  View
Penyebab utama apendisitis adalah keradangan pada apendiks yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Walaupun apendisitis tiada kaitan dengan pengambilan serat, kajian saintifik dan ujian klinikal membuktikan pengambilan jumlah serat yang tinggi untuk jangka masa panjang boleh mengekalkan pergerakan usus secara normal, membantu melembutkan najis, mengurangkan risiko lebihan najis di dalam usus sekaligus mengurangkan risiko apendisitis. ....  View
Boleh. FRUSSO tidak mengandungi sebarang estrogen, jadi ia boleh diambil ketika datang haid. ....  View
Frusso dikilangkan di Malaysia oleh kilang mempunyai sijil GMP (Good Manufacturing Practice). Ia mengandungi serat kelapa sawit yang merupakan salah satu tumbuhan unik di Malaysia. Frusso juga mengandungi ramuan paten lain dari Eropah dan Jepun, termasuklah Fibersol-2, inulin, psyllium husk dan serabut diet, untuk memberikan kesan penyahtoksin (detoksifikasi) terbaik kepada pelanggan. ....  View
Frusso adalah suplemen kesihatan karbohidrat rendah kalori dan tinggi serat, tidak digalakkan untuk mengambilnya sebagai pengganti makanan atau sebagai produk menurunkan berat badan. ....  View
Penyebab utama hernia adalah: (1) Tekanan dalam usus, (2) Otot usus lemah disebabkan degenerasi. Hernia tidak selalunya berkait rapat dengan serat diet, tapi pengambilan serat yang tinggi membantu proses pembuangan dan menolong melambatkan degenerasi otot berlaku di dalam usus. ....  View
Boleh. Fibroid merupakan tumor benigna dan FRUSSO kaya dengan serat jadi tidak akan memberi kesan terhadap satu sama lain. ....  View
Pertama, tanyakan kepada pelanggan apakah dialisis dilakukan setiap hari atau setiap beberapa hari. Adakah doktor mengehadkan jumlah air yang dapat diminum oleh pelanggan?Mengambil produk detoks atau serat tinggi memerlukan pengambilan air yang banyak. Sekiranya pelanggan tidak dapat memperoleh sekurang-kurangnya 2 liter air dalam sehari, tidak digalakkan mengambil FRUSSO ....  View