Bolehkah saya mengambil buah-buahan semasa saya mengikuti program Zenso?


Ya, tetapi kami menyarankan untuk mengehadkan jumlah buah-buahan iaitu maksimum 1 hidangan sehari dan hanya makan buah-buahan yang rendah gula. Buah-buahan semula jadi mengandungi fruktosa yang tinggi, sehingga mempunyai indeks glisemik yang lebih tinggi berbanding sayur-sayuran. Selain itu, buah-buahan dapat menyebabkan peningkatan kadar insulin kita dengan mudah dan mendorong tubuh badan untuk menyimpan lemak. Oleh itu, jumlah pengambilan dan jenis buah haruslah terhad. Buah-buahan dengan kandungan gula rendah adalah seperti kiwi, strawberi, beri biru, lemon, jambu batu, plum, avokado dll.